Hye guys. Assalamualaikum. So. Berdasarkan tajuk di atas. Terasa macam misteri je kan? Tidak tidak. Kita bukan buat cerita seram mahupun menakutkan orang. So. Seperti mana tajuk atas. Pernah terfikir tak? Berapa ramai sahabat yang kita ada?
Ya. Memang pelik soalan itu. Tetapi benar. Berapa ramai sahabat yang kita ada? Kawan? Tidak tidak. Kawan dengan sahabat adalah dua perkara berbeza. Kawan bermaksud orang yang kita kenal. Kita tahu nama dia. Umur dia. Setakat bertanya khabar. Tahu nama. Memang dia sudah tergolong kawan. Friends kita dekat facebook itupun kawan kita.
Tetapi. Sahabat pula. Orang yang sentiasa ada untuk kita. Bukan sahaja di waktu senang. Malah di waktu kita susah. Sahabat ini lah yang sering mendengar keluhan kita. Berkongsi rahsia kita. Simpan ia. Ketika kita sakit ada menjenguk atau bertanya khabar kita. Malah tahu kita sakit apa tanpa perlu diberitahu mungkin? Sentiasa menerima kekurangan kita. Bukan nya meninggalkan kita bila senang. Kembali bila susah. Tidak tidak.
So. Pernah terfikir kita ada sahabat atau tidak? Bukan lah saya ingin mengatakan bahawa sahabat itu lebih baik dari kawan. Tidak tidak. Kawan juga penting untuk kita. Ya. Sebagaimana kita tahu. Kawan juga ada yang setia dengan kita. Ada dikala gembira dan sedih. Namun. Ada juga kawan makan kawan. Bukan kannibal ya. Tidak tidak. Maksudnya. Kawan yang talam dua muka. Depan kita baik. Belakang kita? Hanya Tuhan saja yang tahu.
Ya. Ada juga jenis kawan sebegitu. Contoh nya lah kan. Andai kata kita berkongsi rahsia. Kita percaya kan dia. Dia pun beriya iya nak tahu. Kita pun cerita. Memandangkan rahsia. Mestilah kita tidak mahu orang lain mengetahui nya bukan? Tetapi. Tanpa kita sedari. Cerita itu dijaja. Kita mungkin di kritik, kutuk, hina dan sebagainya. Tetapi kawan yang tadi itu tidak mengaku. Malah berlakon tidak tahu apa apa lagi. Pasti kita tak mahu kawan sebegini bukan?
Akhir kata. Berjaga jaga lah dengan kawan kita. Kerana kawan itu lah yang boleh membahagia atau menghancurkan kita.
`Tiada kawan adalah lebih baik dari ada ramai kawan tetapi hanya menyedihkan mereka`
Sekiranya ada pihak yang terasa atau tersinggung. Maafkan lah saya. Tidak terniat pun ingin memerli atau mengutuk sesiapa. Sesungguhnya ini hanya apa yang saya rasakan saya ingin berkata. Itu sahaja lah yang ingin dikatakan. Selamat tinggal. Assalammualaikum.



